Sunday, 9 June 2013

#2 Back to School : Istiqamah dalam Fitrah

Assalamualaikum w.b.t.

Adik-adik yang dikasihi,



Esok akan bermulalah cabaran baharu selepas selesai program kita tempoh hari.
Adik-adik akan kembali ke sekolah dan rutin harian silam.

Izinkan ustaz beri tips, untuk adik-adik kekal istiqamah dalam fitrah yang suci.

1. Jaga solat dalam apa juga keadaan, sama ada aktiviti sekolah atau bersama rakan-rakan.

2. Baca Al-Quran walaupun hanya tiga ayat satu hari. Lebih baik baca 10 ayat terakhir dalam Al-Quran. Ini bagi mengelakkan adik-adik menjadi orang-orang yang lalai.

3. Selalu berdoa kepada Allah, supaya adik kekal istiqamah dan tetap dalam kasih sayang-Nya, kerana perasaan dan semangat akan berubah dengan perjalanan masa.

4. Selalu minta nasihat dan peringatan dari kakak dan abang fasi supaya hati kekal lembut dan mudah menerima ilmu.

5. Tetapkan matlamat untuk istiqamah dalam apa jua situasi kerana Allah, berani kerana benar, dan ulang kalimah, "Saya boleh!"

Jangan lupa tulis tips-tips ini dan lekatkan di tempat-tempat yang adik mudah lihat.

Semoga kita jumpa lagi dalam program Zikra Minds Resources akan datang!

Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof
Principle Trainer,
Zikra Minds Resources.

No comments: