Friday 27 September 2013

#5 : [E-Card] - Allah Maha Melindungi




Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:
"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." [Al-Baqarah, 2: 257]

Carilah sinar, tinggalkan samar.

Friday 20 September 2013

#4 : [E-Card] Kehidupan Umpama Hujan


Kehidupan Umpama Hujan




Firman Allah s.w.t :



"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)."

[Yunus, 10 : 24]

Monday 17 June 2013

#3 : Seminar My Love Is For..?




Zikra Minds Resources dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah MAINS akan menemui anda dalam Seminar My Love Is For...? bertempat di Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada 22 Jun (Sabtu) ini.

Yuran penyertaan hanya RM 10 seorang.
Khas buat pemuda pemudi berusia 15-21 tahun.
Tempat adalah terhad. Ayuh sertainya sekarang.

Klik Untuk Maklumat Tambahan:
PENCERAMAH
TENTATIF
LOKASI

Hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut.

"We Enhance Potential"

Sunday 9 June 2013

#2 Back to School : Istiqamah dalam Fitrah

Assalamualaikum w.b.t.

Adik-adik yang dikasihi,



Esok akan bermulalah cabaran baharu selepas selesai program kita tempoh hari.
Adik-adik akan kembali ke sekolah dan rutin harian silam.

Izinkan ustaz beri tips, untuk adik-adik kekal istiqamah dalam fitrah yang suci.

1. Jaga solat dalam apa juga keadaan, sama ada aktiviti sekolah atau bersama rakan-rakan.

2. Baca Al-Quran walaupun hanya tiga ayat satu hari. Lebih baik baca 10 ayat terakhir dalam Al-Quran. Ini bagi mengelakkan adik-adik menjadi orang-orang yang lalai.

3. Selalu berdoa kepada Allah, supaya adik kekal istiqamah dan tetap dalam kasih sayang-Nya, kerana perasaan dan semangat akan berubah dengan perjalanan masa.

4. Selalu minta nasihat dan peringatan dari kakak dan abang fasi supaya hati kekal lembut dan mudah menerima ilmu.

5. Tetapkan matlamat untuk istiqamah dalam apa jua situasi kerana Allah, berani kerana benar, dan ulang kalimah, "Saya boleh!"

Jangan lupa tulis tips-tips ini dan lekatkan di tempat-tempat yang adik mudah lihat.

Semoga kita jumpa lagi dalam program Zikra Minds Resources akan datang!

Ustaz Amiza Khusyri bin Yusof
Principle Trainer,
Zikra Minds Resources.

Sunday 12 May 2013

#1 - Zikra Minds : Sebuah Pengenalan.




Zikra Minds adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan program motivasi membentuk personaliti dan pembangunan kendiri. Zikra Minds juga turut menawarkan perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan.

Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan tiga teori utama iaitu :


  1. 5 Ways To Be Effective Muslims
  2. 5 Ways To Be Influential Leaders
  3. 5 Ways To Be Outstanding Teens

Zikra Minds bersedia mengendalikan program-program latihan motivasi dan konsultansi untuk organisasi tuan/puan. Antara yang kami tawarkan untuk anda ialah:


Set Pemuda:

Kem Kepemudaan Al-Kahfi
Seminar My Love Is For...?
Seminar Smart Muslim
Smart Musleh Camp

Set Ibadah:

Soleh with Solah Camp (SWiS Camp)
Seminar Ramadhan

Set Quranik:

3Q Camp (Quran > Quality > Qualify)
Kem AL-MULK (Make Us Love Knowledge)

Set Leadership

Lead To Success Camp
Kem Qiyadi Lembaga Pengawas/ Naqib Usrah.

Set Khas

Zikra Minds Workshop
Zikra Minds Seminar
Zikra Minds Camp


Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat penghasilan Banner, Backdrop, Banting, Poster, Risalah, Pamplet, ID Card / Business Card, Button Badge, Buku dan lain-lain.

Bergerak di atas motto "We Enhance Potential", syarikat kami sentiasa berhasrat untuk menggilap potensi setiap daripada kita.